Friday, January 13, 2017

Kelas Membaca tahun 1 - 3

Umumnya, anak anak sekarang pergi ke tadika dan pra sekolah sebelum masuk Tahun 1. Sebab persaingan, bila anak-anak belum mahir membaca ketika umur 7 tahun, ibubapa sudah susah hati.


Sebenarnya, mahir membaca boleh diasah lagi ketika umur 7 - 9 tahun. Fasa umur ni, otak yang mengawal bahasa masih berkembang, Di My Resource Centre, ada program membaca untuk pelajar tahun 1 hingga 3. Program ini, hampir sama matlamat dengan kelas LINUS di sekolah. Mahu anak-anak cepat 'berlari' belajar dengan kawan-kawan di sekolah.

Program ni, dijalankan di cawangan Tok Jiring.

Bagi ibubapa  yang berminat menghantar anak-anak mengikuti kelas membaca ini, boleh hubungi pengurus di 011-1884 2204, 011-2091 1019 atau 012- 689 9281



Friday, October 7, 2016

Pra pendaftaran Kelas ulangkaji (cuti sekolah)

My Resource Centre sudah mula membuka pendaftaran untuk kelas ulang kaji sesi Disember 2016.

Tujuan kelas ulangkaji ini, untuk membantu pelajar pelajar yang menghadapi peperiksaan sesi 2017 mengulangkaji silibus tahun ini.

Sasaran pelajar adalah pelajar tahun 5 (2016) , tingkatan 2 (2016) dan pelajar MUET 2017. Subjek yang ditawarkan ialah bahasa Inggeris, matematik, sains dan Bahasa Melayu.

Bagi pelajar yang bakal mengambil SPM, tawaran kelas ulangkaji bergantung kepada permintaan.

Bagi ibubapa dan pelajar yang berminat, boleh hubungi kami untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.



My Resource Centre
1883B jalan Kelantan Durian Burung
20050 Kuala Terengganu
TEL: 0126899281

Saturday, August 27, 2016

Anak cepat belajar?


Dalam sekumpulan kanak-kanak, ada yang cepat belajar. Kadang kadang terlebih laju dari kebiasaan.
Cabaran anak-anak yang terlalu laju menerima ilmu ni, ialah tekanan dari kawan-kawan dan orang dewasa.


Sunday, August 21, 2016

Belajar English dengan English Support Group

Ramai daripada kita sebenarnya boleh berbahasa Inggeris.. Tapi, ramai juga takut nak bercakap. Takut malu dan tak ada tempat yang boleh nak guna bahasa Inggeris. Betul tak?
yang patut kita takut, takut terlupa terus bahasa Inggeris yang kita pernah belajar ni. Rugi saja, kan?


Selain kelas bahasa Inggeris, My Resource Centre ada menyediakan English Support Group.

Kenapa English Support Group?
1- English Support Group boleh menjadi tempat ahli kumpulan menggunakan bahasa Inggeris tanpa rasa malu. Ahli boleh berbincang dan belajar melalui ahli lain dengan bebas.
2- English Support Group boleh menjadi tempat ahli menggunakan kemahiran bahasa yang dipelajari


Ada syarat keahlian tak?
Syarat keahlian cuma mendaftar menjadi ahli. Yuran tahunan cuma RM50

Ada kelebihan lain, tak?
Ahli boleh menggunakan kemudahan My Resource Centre (setiap hujung minggu)
a) untuk aktiviti-aktiviti berkaitan seperti perbincangan dan gathering
b) kemudahan pinjaman bahan rujukan




Mahu maklumat lanjut?
012 6899281 (Pn Nazihah)



Saturday, July 23, 2016

Home tuition di Kuala Terengganu

My Resource Centre sudah menjalankan Home Tuition sejak 2013. Dikira baru pada masa itu di Kuala Terengganu.

Home tuition ni apa?
Home tuition adalah perkhidmatan guru tuisyen (tutor) pergi ke rumah pelajar untuk sesi pembelajaran.

Ke rumah pelajar saja ke?
Boleh saja nak belajar di tempat lain, atas permintaan pelajar. Contohnya perpustakaan, sekolah (kantin/kelas).

Yurannya macam mana?
Yuran home tuition atas kiraan jam. contohnya, pelajar mahu kelas matematik setiap hari Rabu pukul 8 malam - 9 malam. Dalam sebulan, ada 4 kali kelas (setiap Rabu) x sejam (pukul 8 - 9).


Yuran tetap ke?
Kadar Yuran berdasarkan jarak rumah tutor ke rumah pelajar dan berapa lama satu sesi kelas berjalan.

Subjek apa yang ditawarkan untuk Home Tuition?
Subjek sekolah rendah: matematik, sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Subjek sekolah menengah: matematik, sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Perdagangan, Matematik Tambahan, Subjek aliran sains 

Tuesday, July 19, 2016

Kelas English Umum di Kuala Terengganu

Antara kelas yang ditawarkan di My Resource Centre ialah Kelas English Umum.

Kenapa Kelas English ditawarkan?
Sebab ramai orang sebenarnya
a) nak baiki kemahiran bahasa tapi tak tahu tempat nak belajar.
b) perlu baiki kemahiran bahasa untuk kerja


Tapi, kenapa nama kelas ni Kelas English Umum?
Kerana kelas ni untuk umum. dari umur 16 hingga 60.
Nama lain kelas ni, English Lifelong Learning.
Terbuka kepada semua, tiada syarat masuk.


Ini tuisyen ke?
Kelas ni bukan tuisyen. Kelas ni lebih kepada kelas perbincangan dan kemahiran bahasa.
Lagipun, kelas ini tak terikat kepada peperiksaan. Pelajar bebas untuk mengambil mana mana peperiksaan bahasa Inggeris.


Ada sijil tak?
Sijil kedatangan diberikan kepada pelajar mengikut permintaan.

Laku ke sijil ni?
Sijil kedatangan cuma mengesahkan anda hadir sebagai pelajar, Untuk menguji kemahiran bahasa anda, sebaiknya ambil peperiksaan yang diiktiraf. Contohnya MUET, IELTS, TOEFT, BULATS dan peperiksaan lain.


Nak maklumat lanjut?
Klik SINI.

Friday, July 8, 2016

Kursus dan kelas yang ditawarkan

Kursus dan kelas yang ditawarkan di My Resource Centre  terbahagi kepada dua iaitu untuk peperiksaan dan untuk umum.

Untuk peperiksaan, kelas ditawarkan untuk pelajar tahun 4 - tingkatan 5, MUET dan IELTS
Untuk bukan peperiksaan, kursus ditawarkan ialah kelas Bahasa Inggeris. Kursus ini tiada had umur dan membantu orang awam berbahasa Inggeris.


Buku- buku yang di bawah ni, antara yang digunakan di dalam kelas.