Thursday, May 9, 2019

Aplikasi telefon untuk belajar bahasa Inggeris

 Gambar 1: Basic English for beginner

 Gambar 2: Learn English (UK edition)


2 gambar di atas ialah aplikasi telefon yang saya cadangkan untuk pelajar belajar bahasa Inggeris secara sendirian di rumah/pejabat.

Walaupun kelas masih punya peranan kuat, pelajar masih perlu ulangkaji secara sendiri dan rutin selepas kelas.

Buat masa sekarang, 2 aplikasi ini lebih kepada pelajar sekolah menengah, kolej dan pelajar dewasa. Insha Allah, saya akan kongsikan juga aplikasi untuk pelajar sekolah rendah dan tadika.

Monday, March 11, 2019

Kelas MUET di Kuala Terengganu 2019

My Resource Centre tawarkan 2 jenis kelas persediaan untuk MUET.

1. kelas di pusat latihan
2. kelas personal.


Kelas di pusat latihan, berjalan setiap Sabtu dan Ahad malam. Di sini, kami sediakan 2 pakej, iaitu kelas 3 bulan dan 6 bulan.

Yuran yang dikenakan seperti berikut

a) kelas 3 bulan : RM350
b) kelas 6 bulan : RM650

Untuk permulaan kelas, pelajar cuma perlu membayar RM50 sebagai booking kelas.



Bagi kelas personal, yuran daftar ialah RM50. yuran bulanan pula seperti berikut
a) sejam seminggu (sebulan 4 jam) : RM160
b) 2jam seminggu (sebulan 8 jam) : RM320
c) 3jam seminggu (sebulan 12 jam) : RM480
d) 4jam seminggu (sebulan 16 jam) : RM640

Mahu maklumat lanjut?
hubungi 012 6899281 (Pn Nazihah)

Sunday, February 17, 2019

Apa yang dipelajari dalam kelas English dewasa?


Kelas English untuk orang dewasa ni, kita banyak belajar untuk kegunaan harian.

Setiap hari, kita akan bercakap, mendengar dan menulis. Jadi, dalam kelas ni, kita akan belajar untuk guna bahasa Inggeris untuk bercakap (speaking), menulis (writing) dan mendengar (listening). Tambahan 1 silibus di dalam kelas, Grammar.


Gambar di atas ni,  antara buku yang digunakan dalam kelas.


Bagi pelajar yang mahu sertai kelas ni, jangan risau. 
kita belajar step-by-step. Satu per satu tutor akan ajar. kelas ni juga, 100% pelajar dewasa. Berumur antara 18 - 50 tahun dan hampir semuanya bekerja.

Thursday, January 24, 2019

Perubahan masa kelas sesi 2019


Kelas di centre pada tahun 2019 ada beberapa perubahan .

1. kali ni, ada 3 subjek ditawarkan : English, Matematik, Sains

2. setiap kelas, sejam setengah untuk satu sesi.



Kami tawarkan tiga subjek untuk tahun ini, selepas ada permintaan tinggi untuk ketiga-tiga subjek ini. Boleh dikatakan sebagai 'killer subjects'


Masa dalam satu sesi pun, kami panjangkan sedikit. Dari sejam ke sejam setengah. Tahun lepas, ada juga student berbungi, tak cukup masa nak tanya soalan dan jalan kerja, dalam sejam.


Yang lain, kami masih kekalkan. 1 kelas, masih kurang dari 10 orang pelajar.

Nak booking cikgu?
boleh hubungi 012 6899281 ( teacher Nazihah)