Thursday, January 24, 2019

Perubahan masa kelas sesi 2019


Kelas di centre pada tahun 2019 ada beberapa perubahan .

1. kali ni, ada 3 subjek ditawarkan : English, Matematik, Sains

2. setiap kelas, sejam setengah untuk satu sesi.



Kami tawarkan tiga subjek untuk tahun ini, selepas ada permintaan tinggi untuk ketiga-tiga subjek ini. Boleh dikatakan sebagai 'killer subjects'


Masa dalam satu sesi pun, kami panjangkan sedikit. Dari sejam ke sejam setengah. Tahun lepas, ada juga student berbungi, tak cukup masa nak tanya soalan dan jalan kerja, dalam sejam.


Yang lain, kami masih kekalkan. 1 kelas, masih kurang dari 10 orang pelajar.

Nak booking cikgu?
boleh hubungi 012 6899281 ( teacher Nazihah)

Sunday, November 11, 2018

Program Cuti Sekolah: Public Speaking.

Musim Cuti Sekolah dah nak bermula.

DI My Resource Centre, kita akan bermula dengan program Public Speaking. Untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.


Untuk program sekolah rendah,peserta akan terdedah dengan asas perbualan dan kosa kata. Bagi peserta sekolah menengah, akan belajar lebih. Iaitu teknik 'presentation' di depan kawan-kawan dan teknik menjawab soalan dengan spontan.


Kenapa perlu join program ni?
Program public speaking insha Allah menampung silibus kelas Bahasa Inggeris di sekolah dan tuisyen.
1 - waktu sekolah, pelajar terikat dengan silibus peperiksaan.
2 - masa bahasa Inggeris di sekolah tak cukup untuk pelajar praktis bercakap


untuk tahun 2018, Program Public Speaking akan diadakan pada 24 November 2018.

Pelajar dan ibubapa yang berminat, boleh mendaftar dengan teacher Nazihah, ya.

Tuesday, April 3, 2018

Bagaimana nak daftar kelas di sini


Untuk setiap pelajar yang nak mendaftar, boleh isi borang yang disediakan di link di bawah. pelajar boleh bawa terus borang dan yuran ke hari pertama kelas.
Untuk maklumat jadual dan promosi yang lain, pelajar boleh hubungi pengurus, Pn Nazihah di 012 6899281 


Sunday, February 25, 2018

Berapa lama tempoh kelas?

Berapa lama nak habis kursus ni?

ha.. ni soalan popular.
Bagi pelajar yang mahu mengambil peperiksaan, saya galakkan ambil kelas persediaan awal. paling kurang 3-4 bulan. Sebab nak mahirkan tajuk-tajuk yang sukar.

Bagi kelas Bahasa Inggeris Umum, walaupun tak ada peperiksaan, nak kuasai bahasa dengan baik, antara 6 bulan hingga setahun juga. Jadi kelas di My Resource Centre berjalan sehingga setahun bagi setiap pelajar.


Bila nak mula kelas tu?
Tak ada masa tertentu untuk pelajar mendaftar. Kita terbuka untuk menerima pelajar setiap bulan.

Thursday, October 19, 2017

belajar awal, sedia awal

Hari ni, hari terakhir bagi anak anak yang menduduki peperiksaan PT3.

Tahun ni, saya tak ada pelajar atau anak buah yang mengambil peperiksaan ini. Tapi, tahun depan, insha Allah ada.

Tahun ni, nampak gaya dah mula ada pelajar yang periksa tahun depan dah mula ambil kelas persediaan. Satu tindakan yang agak baik sebenarnya. Sebabnya, saya dan tutor yang ada sempat nak lihat di mana kelemahan dan kekuatan pelajar. bagi pelajar sendiri, bersedia setahun awal memberi masa untuk mereka memahami setiap topik dengan teliti.

Di My Resource Centre, setakat ini kelas yang sudah bermula ialah UPSR 2018 dan PT3 2018. Kelas peperiksaan lain seperti SPM dan MUET, insha Allah akan berjalan.


Monday, August 28, 2017

Menangani anak autisme





Mempunyai pelajar autisme, sebenarnya pengalaman yang baik untuk saya, sebagai seorang guru. Agak susah nak mengawal mereka, tambah lagi jika tiada ilmu berkenaan pendidikan khas.

Untuk anak autism, latihan /terapi berterusan menjadi keperluan untuk mereka. Artikel di atas, adalah salah satu yang saya boleh kongsi.
Semoga bermanfaat kepada guru-guru lain dan ibubapa

Saturday, July 22, 2017

IELTS dan MUET; apa bezanya?

Di Malaysia, ada dua jenis peperiksaan bahasa Inggeris yang popular. IELTS dan MUET

MUET ialah Malaysia University English Test.
MUET ni, satu jenis peperiksaan untuk kemasukan ke universiti, peringkat ijazah sarjana muda (degree). Calon MUET terdiri daripada pelajar STPM, STAM, Diploma, Sijil Matrikulasi dan Sijil Foundation Studies (pra universiti - universiti/kolej swasta).

Jika anda, calon MUET, yang ingin ke kelas persediaan MUET, anda akan bercampur dengan semua kategori calon lain juga. Jadi, agak susah sebenarnya nak letakkan mengikut kelas sptm, sijil atau diploma.

MUET dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia


IELTS pula International English Language Test System.
Peperiksaan IELTS terdiri daripada 2 jenis :
a)academic
b)general

IELTS (academic) diambil oleh calon ijazah sarjana muda/sarjana/doktor falsafah di universiti luar negara
IELTS (general) pula diambil oleh calon yang ingin meningkatkan kemahiran bahasa dan bekerja.

IELTS dikelolakan oleh British Council


Dalam kedua dua jenis peperiksaan ini, pelajar akan diuji kemahiran
a)perbualan (speaking)
b)penulisan (writing)
c)membaca (reading) dan
d)mendengar (listening)

Secara asas, apa yang diuji dalam kedua dua jenis peperiksaan ini adalah sama. 4 jenis kertas peperiksaan pun sama. 

Bezanya, 
1- calon peperiksaan
2- hala tuju calon (belajar di dalam negara, belajar di luar negara atau bekerja)
3- pengelola peperiksaan
4- skim permarkahan dan pengendalian peperiksaan