KESAN KEPINTARAN PELBAGAI
TERHADAP PEMBELAJARAN
Teori ini agak penting untuk kita mengetahui potensi diri. Mengetahui
tentang kepintaran pelbagai membolehkan kita mengenalpasti kebolehan dan
kelemahan diri. Gardner sendiri,menyatakan di sekolah pelajar pintar logik dan
pintar bahasa sering mendapat perhatian pihak pentadbir. Ada perbezaan nyata
dalam setiap kepintaran dan Gardner menyanggah cadangan melabel pelajar dengan
kepintaran tertentu.
Dalam teorinya, Gardner ada menyatakan sistem tradisional
yang kita pakai sebagai berat sebelah. Kajiannya memberi kesan kepada pedagogi
dan mempengaruhi polisi dan perundangan seluruh dunia. Pelajar pintar
kinestetik mendapat kelebihan dalam teori ini hasil dari aktiviti pembelajaran
yang melibatkan pergerakan. Dalam perincian
lanjut, teori ini mencadangkan kita boleh mengetahui dunia melalui bahasa,
logic, pertunjukan spatial, muzik dan keupayaan badan untuk menyelesaikan
masalah, hal ini, Hani Morgan (2014) menyokong Gardner. Beliau menyatakan
arahan berbeza akan membantu pelajar. Tetapi perlu disediakan dengan rapi oleh
guru berpengalaman.
Beberapa pengkaji memberi komen
terhadap teori kepintaran pelbagai. James Traub dalam The New Republic menulis
teori ini tidak diterima dalam dunia akademik. Berbeza dengan Jerome Bruner.
Jerome bersetuju bahawa kaedah ini lebih dari setakat data dan ujian mental dan
perlu dirai. George Miller, Charles Murray dan Richard J.Mernstein pula
memanggil teori Gardner sebagai bukti kuantitatif yang berbeza. Joan Hanifin juga memaklumkan Pendidikan di Ireland
memberi kesan dengan buruk kepada pelajar dalam tempoh yang panjang. Dengan
tidak meraikan pelbagai kaedah mengajar, pelajar kerap meninggalkan sekolah
dengan perasaan direndahkan. Bas dan Beyhan pula menyatakan hasil dapatan
mereka pada tahun 2010. Mereka mendapati pencapaian pelajar lebih berkesan dan
tabiat mereka lebih baik selepas pelbagai kepintaran ini diraikan.
Jika kita lihat
hari ini, ramai orang akan menyatakan sesiapa yang mahir matematik, sains atau
pandai beberapa bahasa sebagai pandai.
Walaupun teori dan amalan pendidikan berubah, budaya sekolah kita tidak
berubah. Ini membuatkan pelajar yang pintar matematik dan pintar bahasa
mendominasi kecemerlangan sekolah. Pelajar yang mempunyai kepintaran lain, akan
berkurang kemahiran mereka dan tidak menyerlah.
Nak gunakan kepintaran pelbagai dalam kelas?
- 1.
Pelbagaikan aktiviti. Cipta
aktiviti yang berlainan menikut kategori kepintaran.
- 2.
Galakkan kerjasama. Beri peluang
untuk pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk galakkan kepintaran perorangan.
- 3.
Gunakan visual dan sumber
yang boleh ubahsuai. Penggunaan visual menggalakkan kepintaran visual. Ia juga
menggalakkan pelajar untuk mengolah maklumat dari sumber yang ada.
- 4.
Gabungkan bunyi dan gerakan.
Pelajar boleh belajar melalui lagu dan gerakan untuk memahami maklumat.
- 5.
Menggalakkan refleksi dan
kesedaran diri. Penggunaan jurnal untuk meluah emosi membantu pelajar
membangunkan diri
- 6.
Hubungkan pembelajaran
dengan alam. Rangka aktiviti luar seperti berkebun. Dengan cara ini, pelajar
belajar dan menghargai alam.
Rujukan:
1. Kendra
Cherry. 11 Mac 2023 Gardner's Theory of Multiple Intelligences.
2. Michele Marenus. 2 Febuari
2024.Howard Gardner’s Theory of Multiple Intelligences
3.
Acorn
International School. Multiple intelligences in classroom https://acorninternationalschool.eu/blog/2024/09/19/multiple-intelligences-classroom/
4. Eve Hendron. What are multile
intelligences and how do they affect learning? https://www.cornerstone.edu/blog-post/what-are-multiple-intelligences-and-how-do-they-affect-learning/
5.
Smile
and Learn website. 8 Jun 2023. Multiple intelligences and how to promote them
in the classroom. https://www.smileandlearn.com/en/multiple-intelligences-and-how-to-promote-them-in-the-classroom/
No comments:
Post a Comment