TVET atau kursus vokasional di Malaysia, mula seawal tahun 1906, di bawah pentadbiran British (pada masa itu), untuk melatih pekerja di lapangan. Selepas kemerdekaan, institusi vokasional dan teknikal bermula secara rasmi pada tahun 1964, dengan penubuhan Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional.
Kita ikut timeline dibawah
1905 - Sekolah Teknik Treacher ( Sekarang, Universiti Teknologi Malaysia). Asalnya untuk latihan kepada pekerja/staf Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Keretapi Tanah Melayu.
1918 - Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan Industri dibentuk untuk mengkaji keperluan latihan teknik dan vokasional di Tanah Melayu.
1923 - Pusat Latihan Pertanian ditubuhkan .
1931- Sekolah Pertanian ditubuhkan di Serdang.
1941 - Sekolah teknik Treacher dinaiktaraf menjadi Maktab Teknik.
1964 - penubuhan Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional.
1969 - penubuhan politeknik.
9172 - Maktab Teknik dinaiktaraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
1972 - Sekolah Pertanian dinaiktaraf menjadi Kolej Pertaniang dan dijenamakan semual sebagai Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Sekarang, Universiti Purta Malaysia.
1986 - GiatMara ditubuhkan
1989 - majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) ditubuhkan.
2006 - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan dijenamakan semula sebagai Jabatan Pembangunan kemahiran (JPK)
Kursus TVET diperkukuh pada tahun 2006, dengan wujudnya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652). Pada tahun yang sama, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dijenamakan semula sebagai Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sijil yang sebelum ni dipanggil sijil MLVK menjadi SKM (Sijil Kemahiran Malaysia). Pengukuhan akta ini, salah satu tindakan untuk mengukuhkan dan memperkasa bidang latihan vokasional.
Pautan:
Sumber:
6 Mac 2026. Transformasi TVET perlu komitmen kolektif perkasa pembangunan bakat negara. https://www.hmetro.com.my/taxonomy/term/2057/2026/03/1330647/transformasi-tvet-perlu-komitmen-kolektif-perkasa-pembangunan?source=widget
Pengenalan TVET KPM. https://www.moe.gov.my/pengenalan-tvet-kpm
Khairul Anwar Bin Sharin dan Anas Syafik Bin Zulkipli. Sejarah Penubuhan Sekolah Teknik Di Malaysia. https://prausttjseremban.weebly.com/sejarah-penubuhan-sekolah-teknik-di-malaysia.html
https://people.utm.my/helmy/2018/05/04/sejarah-universiti-teknologi-malaysia-utm/
No comments:
Post a Comment