Showing posts with label peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label peperiksaan. Show all posts

Sunday, October 4, 2026

pembahagian aliran sains SPM

 hai. Teacher nak share berkenaan aliran sains SPM. Ramai ingat kalau aliran sains di semua sekolah ni sama. ada beza, mengikut keperluan, kemampuan dan minat pelajar. Sekolah pun, ikut juga kemampuan sekolah. in term of cikgu dan makmal lah, ya


Subjek Teras:

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik 

Sejarah

Pendidikan Islam / Pendidikan Moral


Pakej Sains Tulen

Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi

Pakej Sains Gunaan 1

Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Sains Sukan

Pakej Sains Gunaan 2

Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Prinsip Akaun

Pakej Sains Gunaan 3

Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi
Sains Pertanian

Pakej Sains Teknikal 1

Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Lukisan Kejuruteraan

Pakej Sains Teknikal 2

Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Teknologi Kejuruteraan

Pakej Sains Teknikal 3

Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Asas Sains Komputer

Pakej Sains Teknikal 4

Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Reka Cipta


Subjek tambahan di sekolah teknik: Pengajian Kejuruteraan Elektrik Elektronik, Pengajian Kejuruteraan Jentera, Pengajian Kejuruteraan Awam


pautan

Peluang kerja dalam bidang teknologi maklumat

Peluang kerja bidang matematik


Sunday, August 30, 2026

PEPERIKSAAN BAHASA INGGERIS UNTUK KEMASUKAN KE UNIVERSITI

 Di Malaysia, calon pelajar yang mahu sambung ke peringkat ujazah sarjana muda, perlu ada sijil bahasa Inggeris. Maknanya, perlu ambil peperiksaan.


Antara peperiksaan yang ada

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

1- Diambil oleh calon rakyar Malaysia, 

2. mahu sambung ijazah sarjana muda di Malaysia (universiti awam atau universiti swasta)

Nota; sekarang, ada MUET express, MUET on demand dan MUET biasa. bezanya, pada yuran dan jadual peperiksaan. 

Yuran MUET RM150. MUET on Demand RM250, MUET Express RM800


INTERNATIONAL ENGLISH LANGUAGE TESTING SYSTEM (IELTS)

1. IELTS diambil oleh pelajar bukan warganegara Malaysia yang ingin belajar di Malaysia. 

2. Atau, pelajar Malaysia yang ingin belajar di luar negara.

Nota: Yuran dan silibus berbeza antara IELTS (general ) dengan IELTS (academic). 

Yuran IELTS academic - RM960


TEST OF ENGLISH as a FOREIGN LANGUAGE(TOEFL)

1. TOEFL diambil oleh pelajar bukan warganegara Malaysia yang ingin belajar di Malaysia. 

2. Atau, pelajar Malaysia yang ingin belajar di luar negara.

Yuran TOEFL = RM850 tidak termasuk cukai



rujukan

https://www.tigercampus.com.my/ms/whats-the-difference-between-muet-and-ielts/

https://portal.mpm.edu.my/muet/kadar-bayaran-ujian

https://www.britishcouncil.my/exam/ielts/dates-fees-locations

https://ielts.idp.com/malaysia/english-tests/toefl/toefl-exam-fees


Saturday, July 22, 2017

IELTS dan MUET; apa bezanya?

Di Malaysia, ada dua jenis peperiksaan bahasa Inggeris yang popular. IELTS dan MUET

MUET ialah Malaysia University English Test.
MUET ni, satu jenis peperiksaan untuk kemasukan ke universiti, peringkat ijazah sarjana muda (degree). Calon MUET terdiri daripada pelajar STPM, STAM, Diploma, Sijil Matrikulasi dan Sijil Foundation Studies (pra universiti - universiti/kolej swasta).

Jika anda, calon MUET, yang ingin ke kelas persediaan MUET, anda akan bercampur dengan semua kategori calon lain juga. Jadi, agak susah sebenarnya nak letakkan mengikut kelas sptm, sijil atau diploma.

MUET dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia


IELTS pula International English Language Test System.
Peperiksaan IELTS terdiri daripada 2 jenis :
a)academic
b)general

IELTS (academic) diambil oleh calon ijazah sarjana muda/sarjana/doktor falsafah di universiti luar negara
IELTS (general) pula diambil oleh calon yang ingin meningkatkan kemahiran bahasa dan bekerja.

IELTS dikelolakan oleh British Council


Dalam kedua dua jenis peperiksaan ini, pelajar akan diuji kemahiran
a)perbualan (speaking)
b)penulisan (writing)
c)membaca (reading) dan
d)mendengar (listening)

Secara asas, apa yang diuji dalam kedua dua jenis peperiksaan ini adalah sama. 4 jenis kertas peperiksaan pun sama. 

Bezanya, 
1- calon peperiksaan
2- hala tuju calon (belajar di dalam negara, belajar di luar negara atau bekerja)
3- pengelola peperiksaan
4- skim permarkahan dan pengendalian peperiksaan