Friday, February 7, 2025

PELUANG KERJA DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

 PELUANG KERJA DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

Bidang Teknologi Maklumat dan Sains Komputer banyak sebenarnya. Antara cabang sains komputer dan teknologi maklumat ialah

·         Kejuruteraan perisian

·         Multimedia dan grafik

·         Keselamatan siber

·         Pembangunan web dan e dagang

·         Dan lain-lain

 

Antara kerjaya yang boleh diisi ialah:

1.    Jurutera perisian

2.    Penganalisa system

3.    Pengaturcara

4.    Ahli keselamatan siber

5.    Pembangun laman web

6.    Pengurus teknologi maklumat

7.    Pembangun multimedia

8.    Juruteknik komputer

9.    Guru teknologi maklumat

10.  Jurutera rangkaian

11.  Jurutera computer

 

Biasanya graduan diploma sudah boleh menjadi pengaturcara dan juruteknik. Bagi jawatan pengurus, jurutera dan pangkat lebih tinggi, calon peru menyambung pengajian sekurang-kurangnya peringkat ijazah pertama (ijazah sarjana muda)

 

 

 

Rujukan

1.    Roshilawaty Md Rajeh, 21 Mei 2022. 11 kerjaya bidang komputer yang boleh pelajar ceburi bila tamat pengajian kelak. https://sinarbestari.sinarharian.com.my/gen-z/11-kerjaya-bidang-komputer-yang-boleh-pelajar-ceburi-bila-tamat-pengajian-kelak

2.    Hanis Harun, 9 Januari 2024. Fahami Laluan Kerjaya Diploma Teknologi Maklumat – Kemaskini 2024https://hanisharun.my/fahami-laluan-kerjaya-diploma-teknologi-maklumat/

 

Sunday, January 26, 2025

KESAN KEPINTARAN PELBAGAI TERHADAP PEMBELAJARAN

 

KESAN KEPINTARAN PELBAGAI TERHADAP PEMBELAJARAN

Teori ini agak penting untuk kita mengetahui potensi diri. Mengetahui tentang kepintaran pelbagai membolehkan kita mengenalpasti kebolehan dan kelemahan diri. Gardner sendiri,menyatakan di sekolah pelajar pintar logik dan pintar bahasa sering mendapat perhatian pihak pentadbir. Ada perbezaan nyata dalam setiap kepintaran dan Gardner menyanggah cadangan melabel pelajar dengan kepintaran tertentu.

Dalam teorinya, Gardner ada menyatakan sistem tradisional yang kita pakai sebagai berat sebelah. Kajiannya memberi kesan kepada pedagogi dan mempengaruhi polisi dan perundangan seluruh dunia. Pelajar pintar kinestetik mendapat kelebihan dalam teori ini hasil dari aktiviti pembelajaran yang melibatkan pergerakan. Dalam perincian lanjut, teori ini mencadangkan kita boleh mengetahui dunia melalui bahasa, logic, pertunjukan spatial, muzik dan keupayaan badan untuk menyelesaikan masalah, hal ini, Hani Morgan (2014) menyokong Gardner. Beliau menyatakan arahan berbeza akan membantu pelajar. Tetapi perlu disediakan dengan rapi oleh guru berpengalaman.

 

Beberapa pengkaji memberi komen terhadap teori kepintaran pelbagai. James Traub dalam The New Republic menulis teori ini tidak diterima dalam dunia akademik. Berbeza dengan Jerome Bruner. Jerome bersetuju bahawa kaedah ini lebih dari setakat data dan ujian mental dan perlu dirai. George Miller, Charles Murray dan Richard J.Mernstein pula memanggil teori Gardner sebagai bukti kuantitatif yang berbeza. Joan Hanifin juga memaklumkan Pendidikan di Ireland memberi kesan dengan buruk kepada pelajar dalam tempoh yang panjang. Dengan tidak meraikan pelbagai kaedah mengajar, pelajar kerap meninggalkan sekolah dengan perasaan direndahkan. Bas dan Beyhan pula menyatakan hasil dapatan mereka pada tahun 2010. Mereka mendapati pencapaian pelajar lebih berkesan dan tabiat mereka lebih baik selepas pelbagai kepintaran ini diraikan.

 

Jika kita lihat hari ini, ramai orang akan menyatakan sesiapa yang mahir matematik, sains atau pandai beberapa bahasa sebagai pandai.  Walaupun teori dan amalan pendidikan berubah, budaya sekolah kita tidak berubah. Ini membuatkan pelajar yang pintar matematik dan pintar bahasa mendominasi kecemerlangan sekolah. Pelajar yang mempunyai kepintaran lain, akan berkurang kemahiran mereka dan tidak menyerlah.

Nak gunakan kepintaran pelbagai dalam kelas?

  1. 1.       Pelbagaikan aktiviti. Cipta aktiviti yang berlainan menikut kategori kepintaran.
  2. 2.       Galakkan kerjasama. Beri peluang untuk pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk galakkan kepintaran perorangan.
  3. 3.       Gunakan visual dan sumber yang boleh ubahsuai. Penggunaan visual menggalakkan kepintaran visual. Ia juga menggalakkan pelajar untuk mengolah maklumat dari sumber yang ada.
  4. 4.       Gabungkan bunyi dan gerakan. Pelajar boleh belajar melalui lagu dan gerakan untuk memahami maklumat.
  5. 5.       Menggalakkan refleksi dan kesedaran diri. Penggunaan jurnal untuk meluah emosi membantu pelajar membangunkan diri
  6. 6.       Hubungkan pembelajaran dengan alam. Rangka aktiviti luar seperti berkebun. Dengan cara ini, pelajar belajar dan menghargai alam. 

 

Rujukan:

1.       Kendra Cherry. 11 Mac 2023 Gardner's Theory of Multiple Intelligences.

2.       Michele Marenus. 2 Febuari 2024.Howard Gardner’s Theory of Multiple Intelligences

3.       Acorn International School. Multiple intelligences in classroom https://acorninternationalschool.eu/blog/2024/09/19/multiple-intelligences-classroom/

4.       Eve Hendron. What are multile intelligences and how do they affect learning? https://www.cornerstone.edu/blog-post/what-are-multiple-intelligences-and-how-do-they-affect-learning/

5.       Smile and Learn website. 8 Jun 2023. Multiple intelligences and how to promote them in the classroom. https://www.smileandlearn.com/en/multiple-intelligences-and-how-to-promote-them-in-the-classroom/

Thursday, April 25, 2024

Perbezaan kelas Bahasa Inggeris untuk orang dewasa dengan pelajar sekolah

Soalan ni, ramai yang tanya. Ada beza ke kelas untuk orang dewasa dengan kelas untuk pelajar sekolah.


ada la juga beberapa perbezaan. Kita tengok satu per satu ya.

1. silibus
Silibus pelajar sekolah, mengikut aras pelajar. pelajar tahun 1, silibusnya berbeza dengan pelajar tahun 5. Suka saya maklumkan, di Malaysia semua sekolah kebangsaan, sama silibusnya untuk tahun /tingkatan berkenaan. Sekolah swasta? jika sekolah swasta mengikuti silibus kebangsaan, maka akan sama. tahun 1 akan mengikuti silibus tahun1 dan seterusnya. 
Ha.... jangan pertikai pulak " kan sekolah swasta, kenapa sama?
sekolah swasta silibus kebangsaan, silibusnya sama ya. yang silibus berbeza tu, jika sekolah swasta yang mengikuti silibus negara lain. dibenarkan sama, ya. tak semestinya swasta kena lain terus.

2. umur
Pelajar dewasa, berumur 20 tahun - 60 tahun, tak sama dengan pelajar berumur 6 tahun - 12 tahun. cara fikir berbeza, pengalaman berbeza. 

"eh, takkan lah. saya umur 30 tahun pun tak pandai bahasa Inggeris"

meh nak terangkan. Berumur 30 tahun, kebanyakan dah bekerja kan? dah tak sekolah kan? sebahagiannya dah kawin dan ada anak. betul tak?   cuba banding dengan pelajar berumur 7 tahun. Berapa ramai pelajar berusia 7 tahun yang sudah bekerja, berkahwin dan mempunyai anak?

Pengalaman bekerja, kesibukan mengurus keluarga dan pasangan, dan mungkin tanggungjawab lain buat pelajar dewasa dan pelajar sekolah berbeza. 

3. keperluan
 pelajar dewasa, fokusnya belajar untuk kegunaan kerja. berbeza dengan pelajar sekolah. Pelajar sekolah aka menghadapi ujian UKKM, PKSK, Ujian Akhir Sesi, SPM.

Wednesday, May 12, 2021

Tuisyen pun ada pdpr ke?

Kecoh sejak tahun lepas pasal tajuk ni. Pembelajaran dan Pengajaran di rumah.

Sebenarnya, pihak kami dah mula melakukan aktiviti pdpr sejak 2013. Senang cerita, belajar di rumah.

Bagi pelajar yang ambil kelas tutorial, ada 2 pilihan untuk program pdpr ni. Iaitu guru ke rumah atau belajar dalam talian.


Ada kelebihan sebenarnya, bila tuisyen secara pdpr ni.

1. Ibubapa tak perlu risau anak balik lewat atau anak merayau selepas atau sebelum kelas. Mereka tak sempat pun, kerana guru akan datang ke rumah.

2. Belajar berkhusus. Tak perlu nak berkongsi masa dengan pelajar lain. Kalau berkumpulan pun, tak lebih dari 4 orang.

3. Takut cikgu menipu? Ha, ini part best. Cikgu di rumah. Jadi, ibubapa boleh pantau. Sama ada cikgu datang ke tidak, cukup masa ke tidak. Di My Resource Centre, yuran kami hanya perlu bayar selepas kelas. Jadi, kalau cikgu tak datang, taklah rasa membazir.

Itu, belajar secara berdepan (face to face).

bagi pelajar yang jauh sangat dari guru, seperti di luar negeri atau luar negara, boleh secara dalam talian. Jangan risau, kaedah masih sama seperti pdpr kelas berdepan. Daripada anak-anak main online games, baik dia belajar online. Betul tak?


Cari kelas online? 

Kami tawarkan kelas online untuk subjek sekolah rendah, menengah, MUET dan English untuk orang dewasa.

jon daftar kelas di 0126899281.

Thursday, October 1, 2020

KELAS TERBARU: KELAS KOMPUTER

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lama teacher tak bercerita di sini.


Untuk sesi akan datang, kelas terbaru adalah kelas komputer. Buat masa ini, fokus kami ialah kelas aplikasi komputer. Antara aplikasi komputer yang akan dipelajari : Microsoft Excel dan Microsoft Words. 

Insha Allah, untuk sesi cuti sekolah nanti kita akan mulakan kelas komputer ini.



Maklumat kelas lain? 

Boleh hubungi Kelas English Terengganu atau 0126899281

Tuesday, June 23, 2020

Kelas online : Melalui Google Meets & Skype

Assalamualaikum. Dah lama teacher tak bersiaran di sini.

Hari ni, teacher berkongsi berkenaan aplikasi Skype dan Google Meet.

Secara jujur, kelas online dah lama diaplikasi di My Resource Centre. Cuma, pada musim PKP baru-baru ni, kelas online menjadi pilihan ramai.

Untuk masa sekarang, kami menggunakan 2 aplikasi ini untuk berhubung dengan pelajar. Bagi pelajar baru, jangan risau. Sebenarnya tak susah belajar online.

1. kelas melalui temujanji & berjadual.
2. sesuai untuk lokasi yang jauh
3. sesuai untuk orang yang bekerja syif


Buat masa sekarang, kelas online yang ditawarkan di My Resource Centre:
1. Kelas Online English (dewasa)
2. Kelas Online Matematik (PT3 & SPM)
3. Kelas Online Perniagaan (SPM)


Bagi pelajar yang berminat untuk mengikuti salah satu kelas di atas, boleh hubungi 0126899281

Thursday, May 9, 2019

Aplikasi telefon untuk belajar bahasa Inggeris

 Gambar 1: Basic English for beginner

 Gambar 2: Learn English (UK edition)


2 gambar di atas ialah aplikasi telefon yang saya cadangkan untuk pelajar belajar bahasa Inggeris secara sendirian di rumah/pejabat.

Walaupun kelas masih punya peranan kuat, pelajar masih perlu ulangkaji secara sendiri dan rutin selepas kelas.

Buat masa sekarang, 2 aplikasi ini lebih kepada pelajar sekolah menengah, kolej dan pelajar dewasa. Insha Allah, saya akan kongsikan juga aplikasi untuk pelajar sekolah rendah dan tadika.