Sunday, August 30, 2026

PEPERIKSAAN BAHASA INGGERIS UNTUK KEMASUKAN KE UNIVERSITI

 Di Malaysia, calon pelajar yang mahu sambung ke peringkat ujazah sarjana muda, perlu ada sijil bahasa Inggeris. Maknanya, perlu ambil peperiksaan.


Antara peperiksaan yang ada

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

1- Diambil oleh calon rakyar Malaysia, 

2. mahu sambung ijazah sarjana muda di Malaysia (universiti awam atau universiti swasta)

Nota; sekarang, ada MUET express, MUET on demand dan MUET biasa. bezanya, pada yuran dan jadual peperiksaan. 

Yuran MUET RM150. MUET on Demand RM250, MUET Express RM800


INTERNATIONAL ENGLISH LANGUAGE TESTING SYSTEM (IELTS)

1. IELTS diambil oleh pelajar bukan warganegara Malaysia yang ingin belajar di Malaysia. 

2. Atau, pelajar Malaysia yang ingin belajar di luar negara.

Nota: Yuran dan silibus berbeza antara IELTS (general ) dengan IELTS (academic). 

Yuran IELTS academic - RM960


TEST OF ENGLISH as a FOREIGN LANGUAGE(TOEFL)

1. TOEFL diambil oleh pelajar bukan warganegara Malaysia yang ingin belajar di Malaysia. 

2. Atau, pelajar Malaysia yang ingin belajar di luar negara.

Yuran TOEFL = RM850 tidak termasuk cukai



rujukan

https://www.tigercampus.com.my/ms/whats-the-difference-between-muet-and-ielts/

https://portal.mpm.edu.my/muet/kadar-bayaran-ujian

https://www.britishcouncil.my/exam/ielts/dates-fees-locations

https://ielts.idp.com/malaysia/english-tests/toefl/toefl-exam-fees


Wednesday, July 29, 2026

Rujukan Matematik dan Bahasa Inggeris

 Hai. pelajar pelajar boleh ambil rujukan Matematik dan bahasa Inggeris di link berikut ya

Matematik . Setakat ni, untuk topik asas sekolah rendah

Bahasa Inggeris . Topik merangkumi sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar kolej universiti dan orang bekerja.

Friday, March 13, 2026

Sejarah TVET di Malaysia


TVET atau kursus vokasional di Malaysia, mula seawal tahun 1906, di bawah pentadbiran British (pada masa itu), untuk melatih pekerja di lapangan. Selepas kemerdekaan, institusi vokasional dan teknikal bermula secara rasmi pada tahun 1964, dengan penubuhan Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Kita ikut timeline dibawah

 

1905 - Sekolah Teknik Treacher ( Sekarang, Universiti Teknologi Malaysia). Asalnya untuk latihan kepada pekerja/staf Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Keretapi Tanah Melayu.

1918 - Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan Industri dibentuk untuk mengkaji keperluan latihan teknik dan vokasional di Tanah Melayu.

1923 - Pusat Latihan Pertanian ditubuhkan .

1931- Sekolah Pertanian ditubuhkan di Serdang.

1941 - Sekolah teknik Treacher dinaiktaraf menjadi Maktab Teknik.

1964 - penubuhan Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

1969 - penubuhan politeknik.

 1972 - Maktab Teknik dinaiktaraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

1972  - Sekolah Pertanian dinaiktaraf menjadi Kolej Pertanian dan dijenamakan semula sebagai Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Sekarang, Universiti Putra Malaysia.

1986 - GiatMara ditubuhkan

1989 - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) ditubuhkan.

2006 - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan dijenamakan semula sebagai Jabatan Pembangunan kemahiran (JPK)

 

 

 

Kursus TVET diperkukuh pada tahun 2006, dengan wujudnya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652). Pada tahun yang sama, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dijenamakan semula sebagai Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sijil yang sebelum ni dipanggil sijil MLVK menjadi SKM (Sijil Kemahiran Malaysia).  Pengukuhan akta ini, salah satu tindakan untuk mengukuhkan dan memperkasa bidang latihan vokasional.

 

 

Pautan:

1. TVET? Apa tu?

 

 

Sumber:

6 Mac 2026. Transformasi TVET perlu komitmen kolektif perkasa pembangunan bakat negara. https://www.hmetro.com.my/taxonomy/term/2057/2026/03/1330647/transformasi-tvet-perlu-komitmen-kolektif-perkasa-pembangunan?source=widget

Pengenalan TVET KPM. https://www.moe.gov.my/pengenalan-tvet-kpm

Khairul Anwar Bin Sharin dan Anas Syafik Bin Zulkipli. Sejarah Penubuhan Sekolah Teknik Di Malaysia. https://prausttjseremban.weebly.com/sejarah-penubuhan-sekolah-teknik-di-malaysia.html

https://people.utm.my/helmy/2018/05/04/sejarah-universiti-teknologi-malaysia-utm/

 

 

TVET? Apa tu…?

  

TVET? Apa tu…?

 

Meh nak cerita. TVET ialah singkatan untuk Technical Vocational Education Training. Dulu dipanggil pendidikan vokasional. Ala-ala rebranding la macam tu.

 

Kursus yang melibatkan TVET ni, menawarkan proses pelajaran dan latihan secara praktikal dalam industri berkaitan. Bukan hanya program sekolah, kursus TVET juga melibatkan lepasan sekolah, lepasan universiti/kolej dan orang bekerja.

 

 

Apa peranan kursus TVET ni?

 

TVET berperanan untuk membangunkan bakat tempatan untuk menjadi tenaga mahir dalam industri.

 

Kumpulan  sasaran pelajar tvet ialah pelajar seawal 16 tahun (tingkatan 4) hingga belia berumur 40 tahun.

 

Di Malaysia, kursus tvet ditawarkan di banyak institut

1. Sekolah Teknik (aliran sains teknikal)

2. Kolej Vokasional ( pernah dipanggil sekolah vokasional)

3. Politeknik

4. Kolej Komuniti

5. Institut Kemahiran Belia Negara

6. Institut Latihan Perindustrian

7. Akademi Binaan Malaysia

8. Universiti di bawah senarai MTUN

9. Pusat Tauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran

10. GiatMara

11. Kolej swasta

 

Terdapat lebih 1200 institusi yang tawarkan kursus tvet, dan 45% adalah sektor awam. Angaran tahunan, lebih 200,000 pelajar menyertai kursus yang ditawarkan. Ada lebih 200 kursus yang ditawarkan, dalam banyak bidang industri. Bukan industri kilang saja ya. Antaranya,

 

1. Pertanian

2. Kejuruteraan

3. Perhotelan

4. Penyediaan makanan (F&B)

5. Pendidikan

6. Kesihatan

7. Perkhidmatan

 

TVET untuk siapa?

Program tvet terbuka kepada semua. secara khusus, seperti berikut:

1. pelajar  lepas tingkatan 3 - aliran sains teknikal (sekolah biasa atau sekolah teknik), aliran vokasional (kolej vokasional), GiatMARA (sebahagian kursus)

2. pelajar lepasan SPM - program sijil dan diploma di Pusat tauliah JPK, IKBN, ILP, universiti di bawah MTUN

3. lepasan diploma/ijazah - kepanyakan pusat tauliah dan GiatMARA menerima lepasan ijazah untuk mendapatkan sijil kemahiran. dan ada pusat tauliah yang menawarkan program upskilling dan reskilling.

 

 

Link:

Sejarah TVET di Malaysia


 

Rujukan:

1. 6 Mac 20206. Transformasi TVET perlu komitmen kolektif perkasa pembangunan bakat negara. https://www.hmetro.com.my/taxonomy/term/2057/2026/03/1330647/transformasi-tvet-perlu-komitmen-kolektif-perkasa-pembangunan?source=widget

2. https://www.moe.gov.my/pengenalan-tvet-kpm

3. Penerangan bidang kolej vokasional. https://www.moe.gov.my/penerangan-bidang-kolej-vokasional

4. https://blog.tvetmaster.com/tvet-malaysia/



 

 

Wednesday, May 14, 2025

PELUANG KERJAYA DALAM BIDANG BAHASA

 Mengambil Diploma Bahasa Inggeris, Ijazah Bahasa Inggeris atau bahasa lain, tak semestinya menjadi guru. Jika anda mahu jadi guru bahasa, boleh ambil ijazah Pendidikan Bahasa.


antara kerjaya bagi graduan ijazah bahasa dan seangkatan

1. Editor majalah

2. Wartawan

3. Penulis novel

4. Penulis skrip filem/drama/iklan

5. Penulis lirik 

6. Penterjemah di mahkamah

7. Penterjemah untuk pelancong



rujukan

https://ms.tun.com/blog/12-kerja-untuk-jurusan-bahasa-inggeris/

https://mohamadsofee.blogspot.com/2007/12/potensi-prospek-kerjaya-bahasa.html

https://ilabur.com/pekerjaan-bidang-linguistik/

Tuesday, February 25, 2025

PELUANG KERJAYA GRADUAN MATEMATIK

 PELUANG KERJAYA GRADUAN MATEMATIK

Program sarjana muda matematik ada ditawarkan di university. Antara pengkhususan yang ada

    • Pemodelan data
    •   Statistik
    •   Ekonomi
    • Insurans
    • Perbankan
    • Aktuari
    • Sains pemutusan

 

Graduan matematik boleh bekerja sebagai

    • Pegawai perbankan
    • Pegawai penyelidik
    • Pegawai sains
    • Pegawai operasi
    • Kakitangan akademik
    • Pegawai tadbir dan diplomatik
    • Pegawai pemasaran dan teknikal,
    • Pegawai jualan dan pemasaran.
    • Ahli meteorologi

 

Apa yang saya boleh kongsikan, di universiti, ada perbezaan antara Sarjana Muda Matematik dengan Sarjana Muda Pendidikan Matematik.

1.    Perbezaan ketara, Sarjana Muda Pendidikan Matematik, memang mahu menjadi guru, manakalia Sarjana Muda Matematik, tidak.

2.    Pengkhususan Sarjana Muda Matematik, lebih luas. Siswa boleh memilih subjek elektif, yang menentukan kerjaya mereka selepas graduasi. Contohnya subjek pemasaran, perakaunan, pengaturcaraan dan lain- lain 



 

pautan


 Aliran Sains SPM



 

Saturday, February 8, 2025

PELUANG KERJAYA DENGAN ILMU PERNIAGAAN

 PELUANG KERJAYA DENGAN ILMU PERNIAGAAN

Kursus perniagaan antara kursus yang popular. Di peringkat menengah atas, subjek Perniagaan, Ekonomi, Pengajian Keusahawanan ditawarkan dalam SPM dan STPM. Di kolej dan university, banyak kursus perniagaan ditawarkan di peringkat asasi, sijil, diploma hingga kedoktoran.

 

Pelajar yang mendalami kursus dalam bidang perniagaan ini, boleh memilih untuk bekerja sendiri, atau memulakan kerjaya dalam industri. Laluan kerjaya yang boleh dipilih:

1.       Akauntan

2.       Pengurus kewangan

3.       Pengurus operasi

4.       Pegawai pemasaran dan jualan

5.       Wakil jualan

6.       Pengurus projek

7.       Pengurus sumber manusia

8.       Pegawai perhubungan awam

9.       Penganalisa pelaburan

10.   Pegawai bank

11.   Pegawai khidmat pelanggan

12.   Pengurus acara

13.   Pengurus fasiliti

14.   Konsultan

15.   Pegawai kewangan

Sesetengah jawatan, memerlukan anda mempunyai ijazah dalam pengkhususan, seperti akauntan (Ijazah sarjana Muda Perakaunan) dan sebahagian lain, tiada pengkhususan khas.

 

 

Rujukan

1.    12 kerjaya dalam bidang perniagaan. https://ms.tun.com/blog/12-bekerja-untuk-jurusan-perniagaan/

2.    https://majikan.my/kerjaya-dalam-bidang-pentadbiran-perniagaan/

3.    Indeed Editorial Team, 15 Disember 2023 . 18 Business Career Paths to Consider (with Roles). https://www.indeed.com/career-advice/finding-a-job/business-careers

4.       Penn Foster, 30 April 2015. 10 Great Jobs in the Business Field. https://www.pennfoster.edu/blog/10-great-jobs-in-the-business-field